Wednesday, November 9, 2011

KURSUS KESIHATAN PERGIGIAN

Pada 8 November 2011 (Selasa), guru-guru prasekolah daerah Hulu Selangor telah menghadiri Kursus Kesihatan Pergigian anjuran Klinik Kesihatan Serendah. Kursus dijalankan di Bilik Seminar, Klinik Kesihatan Serendah. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mazlina bt. Hamzah (Pegawai Pergigian U48) dari Klinik Pergigian Kuala Kubu Bharu dan Dr. Maryam bt. Sazari (Pegawai Pergigian U48) dari Klinik Pergigian Serendah. Turut hadir adalah En. Mohd Zaki Yusoff, Ketua Unit Pengurusan Sekolah, PPD Hulu Selangor.


Banyak maklumat dan pengetahuan yang telah diperolehi oleh guru-guru prasekolah di mana ia boleh disampaikan kepada kanak-kanak prasekolah serta ibubapa mereka.


Terimakasih diucapkan kepada pihak Klinik Kesihatan kerana berjaya menganjurkan kursus ini. Juga tahniah kepada guru-guru yang hadir walaupun ada sekolah yang masih bercuti sempena Hari Raya Haji.


Ucapan dari En. Mohd Zaki.

Penerangan daripada Dr. Mazlina.


Sumber: Pn. Nur Azlin (SK Ampang Pecah)

Sunday, January 30, 2011

Kursus KSPK Daerah Hulu Selangor

Kursus tersebut telah diadakan pada 28 Januari 2011 bertempat di Rumat Rehat Kuala Kubu Bharu.

En. Mohd Zaki memberikan taklimat sebelum kursus dimulakan.

Pn. Puziah Ano, Jurulatih Utama Prasekolah yang memberi penerangan tentang KSPK.

Antara guru prasekolah daerah Hulu Selangor yang mengikuti kursus.

Guru-guru prasekolah yang berpengalaman dan sedia berkongsi pengalaman dengan guru-guru baru.

Guru Prasekolah dari SJK Cina sedang membuat perbincangan semasa sesi bengkel.

Sesi bengkel membuat RPH

Sesi bengkel membuat jadual waktu.

Sunday, January 16, 2011

Mesyuarat Prasekolah Daerah Hulu Selangor Bil 1/2011

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2011 bertempat di SK Ampang Pecah. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohd Zaki Yusoff. Selain dari taklimat mengenai KSPK, turut diadakan pemilihan untuk Jawatankuasa Prasekolah Hulu Selangor. Semua telah bersetuju melantik Cik Maizirah Ibrahim sebagai Setiausaha manakala Pn. Jamilah Zainun sebagai Bendahari.

Guru prasekolah daerah Hulu Selangor bertambah lagi pada tahun ini.

En. Zaki memberi taklimat mengenai KSPK.

Pn. Puziah Ano memberi taklimat mengenai cara-cara membuat Rancangan Mengajar.

Antara guru-guru yang hadir.

Kursus Guru -Guru Prasekolah Hulu Selangor 2009