Monday, October 29, 2012

KURSUS PENINGKATAN PROFESSIONALISME PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN PRASEKOLAH

Seramai 15 orang peserta dari Hulu Selangor sedang mengikuti kursus tersebut.  Selamat Berkursus dan menimba pengetahuan.

Thursday, October 18, 2012

MESYUARAT UJI LARI PRASEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Dalam mesyuarat ini, setiap prasekolah diwakili oleh seorang guru prasekolah bagi mengemaskini portal surveiprasekolah.com

Kemaskini portal dipandu oleh En. Mohd Sobri dan Pn. Siti Hawa.

Tuesday, August 28, 2012

TAKLIMAT PROGRAM KIDS ATHLETIC PRASEKOLAH DAN PROGRAM PERANG KUALI DAERAH HULU SELANGOR

Taklimat tersebut telah diadakan pada 28 Ogos 2012 bertempat di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu.  Semua Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah telah menghadiri taklimat tersebut. 

Program yang telah dirancang akan dilaksanakan pada hari Sabtu 8 September 2012 yang melibatkan murid-murid prasekolah yang terpilih, Guru Prasekolah dan PPM.  

Empat pasukan murid akan bertanding dalam Kids Athletic manakala lapan kumpulan PPM akan bertanding untuk Perang Kuali.


  Taklimat disampaikan oleh En. Mohd Zaki b. Yusof selaku Pegawai Prasekolah PPD Hulu Selangor dibantu oleh En. Mohd Sobri, Pn. Puziah Ano dan Pn. Siti Hawa.
 
 Antara Guru Prasekolah dan PPM yang turut hadir.

Mencatat maklumat yang diterima.

Friday, July 13, 2012

Taklimat dan Aktiviti Program Kids Atheletic Prasekolah Daerah Hulu Selangor.

Pada 9 Julai 2012, semua guru prasekolah Daerah Hulu Selangor telah menghadiri sesi latihan untuk Program Kids Atheletic Prasekolah. Tujuannya adalah supaya semua guru faham cara aktiviti tersebut dijalankan. Sebelum melatih murid, guru sendiri dapat merasai pengalaman pada setiap stesen yang telah disediakan.






Sesi taklimat daripada En. Mohd Zaki...

setia mendengar, walaupun keletihan...

Kursus Guru -Guru Prasekolah Hulu Selangor 2009