PRASEKOLAH HULU SELANGOR
Thursday, April 4, 2013
BENGKEL KERJA PENGURUSAN PEMANTAUAN PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR
Monday, October 29, 2012
KURSUS PENINGKATAN PROFESSIONALISME PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN PRASEKOLAH
Thursday, October 18, 2012
MESYUARAT UJI LARI PRASEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR
Tuesday, August 28, 2012
TAKLIMAT PROGRAM KIDS ATHLETIC PRASEKOLAH DAN PROGRAM PERANG KUALI DAERAH HULU SELANGOR
Taklimat tersebut telah diadakan pada 28 Ogos 2012 bertempat di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu. Semua Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah telah menghadiri taklimat tersebut.
Program yang telah dirancang akan dilaksanakan pada hari Sabtu 8 September 2012 yang melibatkan murid-murid prasekolah yang terpilih, Guru Prasekolah dan PPM.
Empat pasukan murid akan bertanding dalam Kids Athletic manakala lapan kumpulan PPM akan bertanding untuk Perang Kuali.
Taklimat disampaikan oleh En. Mohd
Zaki b. Yusof selaku Pegawai Prasekolah PPD Hulu Selangor dibantu oleh
En. Mohd Sobri, Pn. Puziah Ano dan Pn. Siti Hawa.
Antara Guru Prasekolah dan PPM yang turut hadir.
Mencatat maklumat yang diterima.
Friday, July 13, 2012
Taklimat dan Aktiviti Program Kids Atheletic Prasekolah Daerah Hulu Selangor.
Pada 9 Julai 2012, semua guru prasekolah Daerah Hulu Selangor telah menghadiri sesi latihan untuk Program Kids Atheletic Prasekolah. Tujuannya adalah supaya semua guru faham cara aktiviti tersebut dijalankan. Sebelum melatih murid, guru sendiri dapat merasai pengalaman pada setiap stesen yang telah disediakan.
![]() |
| Sesi taklimat daripada En. Mohd Zaki... |
![]() |
| setia mendengar, walaupun keletihan... |
Wednesday, November 9, 2011
KURSUS KESIHATAN PERGIGIAN
Pada 8 November 2011 (Selasa), guru-guru prasekolah daerah Hulu Selangor telah menghadiri Kursus Kesihatan Pergigian anjuran Klinik Kesihatan Serendah. Kursus dijalankan di Bilik Seminar, Klinik Kesihatan Serendah. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mazlina bt. Hamzah (Pegawai Pergigian U48) dari Klinik Pergigian Kuala Kubu Bharu dan Dr. Maryam bt. Sazari (Pegawai Pergigian U48) dari Klinik Pergigian Serendah. Turut hadir adalah En. Mohd Zaki Yusoff, Ketua Unit Pengurusan Sekolah, PPD Hulu Selangor.
Banyak maklumat dan pengetahuan yang telah diperolehi oleh guru-guru prasekolah di mana ia boleh disampaikan kepada kanak-kanak prasekolah serta ibubapa mereka.
Terimakasih diucapkan kepada pihak Klinik Kesihatan kerana berjaya menganjurkan kursus ini. Juga tahniah kepada guru-guru yang hadir walaupun ada sekolah yang masih bercuti sempena Hari Raya Haji.
Sumber: Pn. Nur Azlin (SK Ampang Pecah)
Sunday, January 30, 2011
Kursus KSPK Daerah Hulu Selangor
Kursus tersebut telah diadakan pada 28 Januari 2011 bertempat di Rumat Rehat Kuala Kubu Bharu.
En. Mohd Zaki memberikan taklimat sebelum kursus dimulakan.
Sunday, January 16, 2011
Mesyuarat Prasekolah Daerah Hulu Selangor Bil 1/2011
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2011 bertempat di SK Ampang Pecah. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohd Zaki Yusoff. Selain dari taklimat mengenai KSPK, turut diadakan pemilihan untuk Jawatankuasa Prasekolah Hulu Selangor. Semua telah bersetuju melantik Cik Maizirah Ibrahim sebagai Setiausaha manakala Pn. Jamilah Zainun sebagai Bendahari.
Sunday, October 10, 2010
Program Bijak Prasekolah Negeri Selangor 2010
Program telah dijalankan pada 8 - 9 Oktober 2010 di Hotel Empress Sepang di mana daerah Hulu Langat sebagai tuan rumah. Daerah Hulu Selangor telah diwakili oleh 10 orang peserta dan 5 orang guru pengiring.
Kontinjen dari Hulu Selangor.
Aktiviti mewarna diadakan sebelum majlis perasmian penutup.
Seronoknya dapat makan kat KFC!Wednesday, September 29, 2010
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME B.INGGERIS UTK GURU-GURU PRASEKOLAH
Saturday, August 28, 2010
Aktiviti Prasekolah
Prasekolah yang mengadakan aktiviti yang menarik seperti lawatan, pertandingan dsb, diharap dapat membuat dokumentasi dan menghantarnya kepada En. Mohd Zaki.
Friday, July 16, 2010
Kursus Literasi ICT Prasekolah
Kursus tersebut telah diadakan di Hotel Empress, Sepang pada 13 -15 Julai 2010. Berikut adalah antara aksi yang telah dirakamkan sepanjang kursus tersebut. Antara pengisian kursus adalah penggunaan powerpoint dan movie-maker. Seramai 24 orang guru prasekolah daerah Hulu Selangor telah mengikuti kursus tersebut. Semoga dengan kursus ini dapat menambahkan ilmu ICT di kalangan guru-guru daerah Hulu Selangor.





Friday, July 9, 2010
Bengkel Kerja RPT
Thursday, March 25, 2010
Kursus Proficiency Bahasa Inggeris
Kursus Proficiency Bahasa Inggeris untuk guru-guru yang bukan opsyen Bahasa Inggeris telah diadakan di Pusat Pengurusan Latihan, Seksyen 6 Shah Alam pada 23 - 25 Mac 2010. Seramai 8 orang guru prasekolah telah mengikuti kursus tersebut yang diadakan dalam 4 fasa sehingga bulan Ogos 2010 nanti.
Berdiri dari kiri: Devamalar, Wan Aziera, Zuraini dan Husna
Tiada dalam gambar: Rohiah
Monday, December 21, 2009
Mesyuarat Pengurusan JU Prasekolah
Pada 13 hingga 16 Disember yang lalu, Unit Prasekolah PPD Hulu Selangor telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan JU Prasekolah di Pulau Langkawi. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Suhaimi b. Rashid, Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Hulu Selangor.

Subscribe to:
Posts (Atom)

























