Wednesday, November 9, 2011

KURSUS KESIHATAN PERGIGIAN

Pada 8 November 2011 (Selasa), guru-guru prasekolah daerah Hulu Selangor telah menghadiri Kursus Kesihatan Pergigian anjuran Klinik Kesihatan Serendah. Kursus dijalankan di Bilik Seminar, Klinik Kesihatan Serendah. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mazlina bt. Hamzah (Pegawai Pergigian U48) dari Klinik Pergigian Kuala Kubu Bharu dan Dr. Maryam bt. Sazari (Pegawai Pergigian U48) dari Klinik Pergigian Serendah. Turut hadir adalah En. Mohd Zaki Yusoff, Ketua Unit Pengurusan Sekolah, PPD Hulu Selangor.


Banyak maklumat dan pengetahuan yang telah diperolehi oleh guru-guru prasekolah di mana ia boleh disampaikan kepada kanak-kanak prasekolah serta ibubapa mereka.


Terimakasih diucapkan kepada pihak Klinik Kesihatan kerana berjaya menganjurkan kursus ini. Juga tahniah kepada guru-guru yang hadir walaupun ada sekolah yang masih bercuti sempena Hari Raya Haji.


Ucapan dari En. Mohd Zaki.

Penerangan daripada Dr. Mazlina.


Sumber: Pn. Nur Azlin (SK Ampang Pecah)

Kursus Guru -Guru Prasekolah Hulu Selangor 2009