Tuesday, July 21, 2009

Kursus Asas Seni Tari

Kursus tersebut telah diadakan pada 11 Julai 2009 bertempat di SK Antara Gapi. Jurulatihnya adalah Pn. Normadiah Abdul Manaf yang berpengalaman dalam tarian tradisional. Semua guru prasekolah yang mengikuti kursus ini adalah diharapkan dapat menimba ilmu supaya dapat menyediakan pasukan tarian untuk karnival pendidikan prasekolah peringkat daerah nanti.



Sunday, July 5, 2009

Pertandingan Tadikarama

Pada 4 Julai 2009, telah diadakan Pertandingan Tadikarama sempena Program Gerakan Membaca peringkat daerah Hulu Selangor yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan kerjasama Jabatan-jabatan kerajaan di Daerah Hulu Selangor. Pertandingan dijalankan di Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu. Penyertaan adalah di kalangan Tadika Kemas, Tadika PASTI, Tabika Perpaduan dan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Prasekolah Daerah Hulu Selangor telah diwakili oleh SK Kg. Kuantan, SK Ulu Yam Bharu dan SK Sungai Tengi. Prasekolah SK Kg. Kuantan telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada kesemua wakil dari prasekolah! Pertandingan tersebut adalah sebagai satu latihan untuk mereka menghadapi Karnival Peringkat Daerah Hulu Selangor nanti.

Prasekolah SK Kg. Kuantan

Prasekolah SK Ulu Yam Bharu

Prasekolah SK Sungai Tengi


Kursus Guru -Guru Prasekolah Hulu Selangor 2009