Sunday, October 10, 2010

Program Bijak Prasekolah Negeri Selangor 2010

Program telah dijalankan pada 8 - 9 Oktober 2010 di Hotel Empress Sepang di mana daerah Hulu Langat sebagai tuan rumah. Daerah Hulu Selangor telah diwakili oleh 10 orang peserta dan 5 orang guru pengiring.

Guru-guru dan antara murid yang mewakili daerah Hulu Selangor.

Kontinjen dari Hulu Selangor.

Aktiviti mewarna diadakan sebelum majlis perasmian penutup.

Seronoknya dapat makan kat KFC!

Pn. Norma mewakili daerah Hulu Selangor.

Pegawai dari Jabatan dan PPD bersama Pengarah Pelajaran Selangor.
(Gambar ehsan dari En. Mohd Zaki Yusoff)

Wednesday, September 29, 2010

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME B.INGGERIS UTK GURU-GURU PRASEKOLAH

Kursus tersebut sedang berlangsung dari 27 hingga 30 September 2010 bertempat di de Palma Hotel, Shah Alam.



(Gambar-gambar ehsan Pn. Jamilah bt. Zainun)

Saturday, August 28, 2010

Aktiviti Prasekolah

Prasekolah yang mengadakan aktiviti yang menarik seperti lawatan, pertandingan dsb, diharap dapat membuat dokumentasi dan menghantarnya kepada En. Mohd Zaki.

Friday, July 16, 2010

Kursus Literasi ICT Prasekolah

Kursus tersebut telah diadakan di Hotel Empress, Sepang pada 13 -15 Julai 2010. Berikut adalah antara aksi yang telah dirakamkan sepanjang kursus tersebut. Antara pengisian kursus adalah penggunaan powerpoint dan movie-maker. Seramai 24 orang guru prasekolah daerah Hulu Selangor telah mengikuti kursus tersebut. Semoga dengan kursus ini dapat menambahkan ilmu ICT di kalangan guru-guru daerah Hulu Selangor.





(Gambar: Ehsan dari Nurulhanim Yahsun)

Friday, July 9, 2010

Bengkel Kerja RPT

Bengkel tersebut telah diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2010 bertempat di Coral Bay Resort Pulau Pangkor. Daerah Hulu Selangor telah diwakili oleh 5 orang guru iaitu Pn. Foziah Ano, Pn. Azizah Yahya, Pn. Husna Husain, Pn. Wan Azeira Syaryati Wan Stafa dan Pn. Jamilah Zainun.


Thursday, March 25, 2010

Kursus Proficiency Bahasa Inggeris

Kursus Proficiency Bahasa Inggeris untuk guru-guru yang bukan opsyen Bahasa Inggeris telah diadakan di Pusat Pengurusan Latihan, Seksyen 6 Shah Alam pada 23 - 25 Mac 2010. Seramai 8 orang guru prasekolah telah mengikuti kursus tersebut yang diadakan dalam 4 fasa sehingga bulan Ogos 2010 nanti.

Duduk dari kiri: Radha, Zunaidah dan Fauziah
Berdiri dari kiri: Devamalar, Wan Aziera, Zuraini dan Husna
Tiada dalam gambar: Rohiah

Kursus Guru -Guru Prasekolah Hulu Selangor 2009