Monday, October 26, 2009

Kursus Peningkatan P & P Guru-guru Prasekolah Daerah Hulu Selangor

Kursus tersebut bermula 26 Oktober hingga 28 Oktober 2009 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Para peserta diberikan pendedahan mengenai maklumat terkini prasekolah oleh En. Mohd Zaki serta Jurulatih Utama Prasekolah.

Para jurulatih utama sedang membuat perbincangan mengenai slot yang akan dikendalikan.

Salah satu aksi menarik dalam Ice-breaking.

Pose menarik dari para peserta.

Aktiviti melukis wajah sendiri menggunakan tangan kiri. Bukan senang tu!

Kata-kata aluan daripada penghuluwati, Pn. Azlina Hj. Osman.

Tuesday, August 18, 2009

Pemakluman Penundaan Tarikh Karnival Pendidikan Prasekolah Daerah

Dalam mesyuarat pengurusan prasekolah pada 17 Ogos 2009, En Mohd Zaki Yusoff mengumumkan bahawa semua program yang melibatkan kanak-kanak prasekolah dibawa keluar sekolah telah ditunda sehingga diberitahu kelak. Ini termasuklah program Karnival Pendidikan Prasekolah dan Program Lawatan. Arahan Pengarah Pelajaran ini adalah berikutan dengan wabak H1N1 yang kini sedang melanda negara.

Friday, August 7, 2009

Kursus Asas Seni Tari Siri 2

Lanjutan dari Kursus Asas Seni Tari yang telah dijalankan pada 11 Julai tempoh hari, telah diadakan kursus Asas Seni Tari Siri 2 pada 6 Ogos 2009 bertempat di Dewan SJK C Batang Kali. Kedua-dua kursus yang dijalankan telah merangkumi tarian inang, zapin dan joget. Jurulatih yang dijemput adalah Pn. Normadiah Abdul Manaf yang merupakan jurulatih tarian tradisional yang berpengalaman.



Tuesday, July 21, 2009

Kursus Asas Seni Tari

Kursus tersebut telah diadakan pada 11 Julai 2009 bertempat di SK Antara Gapi. Jurulatihnya adalah Pn. Normadiah Abdul Manaf yang berpengalaman dalam tarian tradisional. Semua guru prasekolah yang mengikuti kursus ini adalah diharapkan dapat menimba ilmu supaya dapat menyediakan pasukan tarian untuk karnival pendidikan prasekolah peringkat daerah nanti.



Sunday, July 5, 2009

Pertandingan Tadikarama

Pada 4 Julai 2009, telah diadakan Pertandingan Tadikarama sempena Program Gerakan Membaca peringkat daerah Hulu Selangor yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan kerjasama Jabatan-jabatan kerajaan di Daerah Hulu Selangor. Pertandingan dijalankan di Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu. Penyertaan adalah di kalangan Tadika Kemas, Tadika PASTI, Tabika Perpaduan dan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Prasekolah Daerah Hulu Selangor telah diwakili oleh SK Kg. Kuantan, SK Ulu Yam Bharu dan SK Sungai Tengi. Prasekolah SK Kg. Kuantan telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada kesemua wakil dari prasekolah! Pertandingan tersebut adalah sebagai satu latihan untuk mereka menghadapi Karnival Peringkat Daerah Hulu Selangor nanti.

Prasekolah SK Kg. Kuantan

Prasekolah SK Ulu Yam Bharu

Prasekolah SK Sungai Tengi


Thursday, June 18, 2009

Mesyuarat Pengurusan Karnival Pendidikan Prasekolah

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 17 Jun 2009 di SK Kuala Kubu Bharu. Ia membincangkan karnival pendidikan prasekolah peringkat daerah yang dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2009 di SK Bukit Sentosa. Di akhir mesyuarat, disampaikan hadiah untuk guru-guru yang menyambut harijadi pada bulan Mei dan Jun. Turut menyambut harijadi adalah En. Zaki sendiri.




Thursday, May 21, 2009

Sukan Prasekolah Daerah Hulu Selangor

Temasya Sukan Prasekolah Daerah Hulu Selangor telah berlangsung dengan meriah sekali pada 6 Mei 2009 bertempat di Stadium Proton City, Tanjung Malim, Perak. Sebanyak 4 zon telah berentap bagi merebut tempat ke peringkat negeri.



Tuesday, May 5, 2009

Mesyuarat Sukan Daerah Hulu Selangor

Pada 4 Mei 2009, guru-guru prasekolah telah menghadiri mesyuarat pengurusan Sukan Daerah Hulu Selangor di SK Ampang Pecah. Sukan Prasekolah peringkat daerah akan dijalankan pada 6 Mei 2009 bertempat di Stadium Proton Tanjung Malim. Pertandingan diadakan bagi memilih wakil Daerah Hulu Selangor ke peringkat Negeri Selangor.

Sukan Prasekolah Zon 2 Daerah Hulu Selangor

Sukan Prasekolah Zon 2 telah diadakan di SK Kuala Kubu Bharu pada 29 April 2009. En. Mohd Zaki Yusoff turut hadir sebagai perasmi majlis.

(Gambar-gambar akan dipaparkan kemudian)

Monday, May 4, 2009

Sukan Prasekolah Zon 4 Daerah Hulu Selangor

Pada 30 April 2009, Zon 4 Daerah Hulu Selangor telah mengadakan sukan prasekolah bertempat di padang SK Antara Gapi. Upacara perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh En. Mohd Zaki Yusoff. Berikut adalah gambar-gambar semasa sukan di jalankan.




Saturday, May 2, 2009

Sukan Prasekolah Zon 3 Daerah Hulu Selangor

Pada 30 April 2009, SK Kampung Kuantan telah menjadi tuan rumah bagi Sukan Prasekolah Zon 3 Daerah Hulu Selangor. Perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh En. Mohd Zaki b. Yusoff. Sebanyak 8 buah sekolah turut menyertai sukan tersebut. Berikut adalah antara aksi yang dapat dipaparkan.





Saturday, April 25, 2009

Happy Birthday!!

Pada 13.4.2009 telah diadakan Mesyuarat Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Hulu Selangor dan Majlis Sambutan Hari Lahir untuk guru-guru prasekolah yang lahir pada bulan Januari hingga April. Semoga semuanya panjang umur dan dimurahkan rezeki, Amin...


Antara wajah-wajah ceria, guru yang menyambut hari lahir...

Temasya Sukan Prasekolah Zon 1

Temasya Sukan Prasekolah Zon 1 telah berlangsung pada 8 dan 9 April 2009 di SK Gesir Tengah. Terima kasih kepada En. Mohd Zaki b. Hj Yusoff, kerana telah sudi merasmikan majlis tersebut..

Pengurus peserta sibuk menjalankan tugas..



Antara acara yang dipertandingkan..


Majlis Penyampaian hadiah...

Kursus Pemantapan Pengajaran Bahasa Melayu Guru Prasekolah

Kursus tersebut telah diadakan di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 14 hingga 17 April 2009. Seramai 9 orang wakil dari Hulu Selangor telah menyertainya, iaitu, Pn. Jamilah Zainun, Pn. Noorazliza Alias, Pn Hjh Nik Raihan Hj Nik Mat, Cik Siti Aishah Mat Yusup, Pn. Noorhasmila Che Hussain, Pn. Rohiah Hasan, Pn. Azlina Osman, Cik Siti Aisah Jamil dan Cik Maizirah Ibrahim.

Sepanjang kursus, peserta-peserta berpeluang untuk mempelajari kaedah KALAM dan MULAN. Mereka juga dapat berkongsi idea dalam menghasilkan bahan bantu mengajar serta menerima pendedahan mengenai KIA2M. Semasa sesi sumbangsaran, para peserta dapat menyalurkan idea, cadangan, pendapat dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali kursus ini telah merapatkan silaturrahim antara guru-guru prasekolah yang datangnya dari seluruh negeri Selangor.

Berikut adalah antara aksi yang sempat dirakamkan sepanjang kursus tersebut.

Mesyuarat Sukan Prasekolah Peringkat Daerah

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 April 2009 bertempat di bilik mesyuarat PPD Hulu Selangor. Mesyuarat membincangkan mengenai sukan prasekolah peringkat daerah yang akan diadakan pada 6 Mei 2009 bertempat di Stadium Proton City, Tanjung Malim.

Selesai mesyuarat, En. Mohd Zaki menyampaikan hadiah kepada guru-guru prasekolah yang menyambut harijadi pada bulan Januari hingga April.

Kursus Guru -Guru Prasekolah Hulu Selangor 2009