Friday, July 16, 2010

Kursus Literasi ICT Prasekolah

Kursus tersebut telah diadakan di Hotel Empress, Sepang pada 13 -15 Julai 2010. Berikut adalah antara aksi yang telah dirakamkan sepanjang kursus tersebut. Antara pengisian kursus adalah penggunaan powerpoint dan movie-maker. Seramai 24 orang guru prasekolah daerah Hulu Selangor telah mengikuti kursus tersebut. Semoga dengan kursus ini dapat menambahkan ilmu ICT di kalangan guru-guru daerah Hulu Selangor.





(Gambar: Ehsan dari Nurulhanim Yahsun)

Friday, July 9, 2010

Bengkel Kerja RPT

Bengkel tersebut telah diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2010 bertempat di Coral Bay Resort Pulau Pangkor. Daerah Hulu Selangor telah diwakili oleh 5 orang guru iaitu Pn. Foziah Ano, Pn. Azizah Yahya, Pn. Husna Husain, Pn. Wan Azeira Syaryati Wan Stafa dan Pn. Jamilah Zainun.


Thursday, March 25, 2010

Kursus Proficiency Bahasa Inggeris

Kursus Proficiency Bahasa Inggeris untuk guru-guru yang bukan opsyen Bahasa Inggeris telah diadakan di Pusat Pengurusan Latihan, Seksyen 6 Shah Alam pada 23 - 25 Mac 2010. Seramai 8 orang guru prasekolah telah mengikuti kursus tersebut yang diadakan dalam 4 fasa sehingga bulan Ogos 2010 nanti.

Duduk dari kiri: Radha, Zunaidah dan Fauziah
Berdiri dari kiri: Devamalar, Wan Aziera, Zuraini dan Husna
Tiada dalam gambar: Rohiah

Monday, December 21, 2009

Mesyuarat Pengurusan JU Prasekolah

Pada 13 hingga 16 Disember yang lalu, Unit Prasekolah PPD Hulu Selangor telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan JU Prasekolah di Pulau Langkawi. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Suhaimi b. Rashid, Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Hulu Selangor.




Tuesday, November 3, 2009

Jurulatih Utama Baru

Dalam Kursus Peningkatan P & P Guru Prasekolah Hulu Selangor baru-baru ini, En. Mohd Zaki telah mengumumkan perlantikan Jurulatih Utama yang baru bagi tahun 2010, iaitu Pn. Siti Zuraini dari SK Serendah. Adalah diharapkan Pn. Siti Zuraini akan memantapkan lagi barisan J.U. yang sedia ada. Tahniah diucapkan kepada Pn. Siti Zuraini.

Thursday, October 29, 2009

Tunjuk Bakat

Semasa kursus Peningkatan P & P Prasekolah Hulu Selangor di Bayu Beach Resort, telah diadakan pertandingan untuk nyanyian dan gerakan bagi guru-guru prasekolah Hulu Selangor. Setiap kumpulan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan menunjukkan bakat serta kreativiti masing-masing. Berikut adalah antara aksi yang dapat dipaparkan.





Wednesday, October 28, 2009

Hari Ketiga di Bayu Beach Resort

28 Oktober 2009 merupakan hari terakhir kursus. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Rozali b. Mazlan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Penbentangan mengenai Aktiviti Bahasa di Kelas Prasekolah disampaikan oleh Pn. Siti Hawa.

Aktiviti bahasa yang dijalankan.

Majlis perasmian penutup.

Kumpulan Pn. Norazliza berjaya menjadi johan keseluruhan.

Para jurulatih utama bersama Ustaz Zailani Karim, En. Rozali Mazlan dan En. Mohd Zaki Yusoff.

Hari Kedua (Part 2)

Persembahan lagu kanak-kanak mengikut tema.

Pn. Azizah menyampaikan slot berkaitan Permainan Luar.

Para peserta sedang membuat aktiviti regangan.

Salah satu aktiviti permainan luar.

Para peserta kursus sedang menyiapkan tugasan yang diberi.

Pn. Husna menyampaikan slot tentang Nyanyian, Gerakan dan Genderang.

Para peserta menyanyikan lagu dengan penuh perasaan.

Tuesday, October 27, 2009

Hari Kedua - 27 Oktober 2009

Aktiviti nyanyian dan gerakan.

Pn. Siti Zuraini sedang mendapatkan biodata En. Zaki.


Pn. Wan Aziera menyampaikan info terkini tentang kepentingan muzik dalam pendidikan Prasekolah.


Para peserta begitu asyik mendengar taklimat yang disampaikan.

Monday, October 26, 2009

Kursus Peningkatan P & P Guru-guru Prasekolah Daerah Hulu Selangor

Kursus tersebut bermula 26 Oktober hingga 28 Oktober 2009 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Para peserta diberikan pendedahan mengenai maklumat terkini prasekolah oleh En. Mohd Zaki serta Jurulatih Utama Prasekolah.

Para jurulatih utama sedang membuat perbincangan mengenai slot yang akan dikendalikan.

Salah satu aksi menarik dalam Ice-breaking.

Pose menarik dari para peserta.

Aktiviti melukis wajah sendiri menggunakan tangan kiri. Bukan senang tu!

Kata-kata aluan daripada penghuluwati, Pn. Azlina Hj. Osman.

Tuesday, August 18, 2009

Pemakluman Penundaan Tarikh Karnival Pendidikan Prasekolah Daerah

Dalam mesyuarat pengurusan prasekolah pada 17 Ogos 2009, En Mohd Zaki Yusoff mengumumkan bahawa semua program yang melibatkan kanak-kanak prasekolah dibawa keluar sekolah telah ditunda sehingga diberitahu kelak. Ini termasuklah program Karnival Pendidikan Prasekolah dan Program Lawatan. Arahan Pengarah Pelajaran ini adalah berikutan dengan wabak H1N1 yang kini sedang melanda negara.

Friday, August 7, 2009

Kursus Asas Seni Tari Siri 2

Lanjutan dari Kursus Asas Seni Tari yang telah dijalankan pada 11 Julai tempoh hari, telah diadakan kursus Asas Seni Tari Siri 2 pada 6 Ogos 2009 bertempat di Dewan SJK C Batang Kali. Kedua-dua kursus yang dijalankan telah merangkumi tarian inang, zapin dan joget. Jurulatih yang dijemput adalah Pn. Normadiah Abdul Manaf yang merupakan jurulatih tarian tradisional yang berpengalaman.



Tuesday, July 21, 2009

Kursus Asas Seni Tari

Kursus tersebut telah diadakan pada 11 Julai 2009 bertempat di SK Antara Gapi. Jurulatihnya adalah Pn. Normadiah Abdul Manaf yang berpengalaman dalam tarian tradisional. Semua guru prasekolah yang mengikuti kursus ini adalah diharapkan dapat menimba ilmu supaya dapat menyediakan pasukan tarian untuk karnival pendidikan prasekolah peringkat daerah nanti.



Sunday, July 5, 2009

Pertandingan Tadikarama

Pada 4 Julai 2009, telah diadakan Pertandingan Tadikarama sempena Program Gerakan Membaca peringkat daerah Hulu Selangor yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan kerjasama Jabatan-jabatan kerajaan di Daerah Hulu Selangor. Pertandingan dijalankan di Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu. Penyertaan adalah di kalangan Tadika Kemas, Tadika PASTI, Tabika Perpaduan dan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Prasekolah Daerah Hulu Selangor telah diwakili oleh SK Kg. Kuantan, SK Ulu Yam Bharu dan SK Sungai Tengi. Prasekolah SK Kg. Kuantan telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada kesemua wakil dari prasekolah! Pertandingan tersebut adalah sebagai satu latihan untuk mereka menghadapi Karnival Peringkat Daerah Hulu Selangor nanti.

Prasekolah SK Kg. Kuantan

Prasekolah SK Ulu Yam Bharu

Prasekolah SK Sungai Tengi


Thursday, June 18, 2009

Mesyuarat Pengurusan Karnival Pendidikan Prasekolah

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 17 Jun 2009 di SK Kuala Kubu Bharu. Ia membincangkan karnival pendidikan prasekolah peringkat daerah yang dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2009 di SK Bukit Sentosa. Di akhir mesyuarat, disampaikan hadiah untuk guru-guru yang menyambut harijadi pada bulan Mei dan Jun. Turut menyambut harijadi adalah En. Zaki sendiri.




Kursus Guru -Guru Prasekolah Hulu Selangor 2009