Saturday, April 25, 2009

Happy Birthday!!

Pada 13.4.2009 telah diadakan Mesyuarat Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Hulu Selangor dan Majlis Sambutan Hari Lahir untuk guru-guru prasekolah yang lahir pada bulan Januari hingga April. Semoga semuanya panjang umur dan dimurahkan rezeki, Amin...


Antara wajah-wajah ceria, guru yang menyambut hari lahir...

Temasya Sukan Prasekolah Zon 1

Temasya Sukan Prasekolah Zon 1 telah berlangsung pada 8 dan 9 April 2009 di SK Gesir Tengah. Terima kasih kepada En. Mohd Zaki b. Hj Yusoff, kerana telah sudi merasmikan majlis tersebut..

Pengurus peserta sibuk menjalankan tugas..



Antara acara yang dipertandingkan..


Majlis Penyampaian hadiah...

Kursus Pemantapan Pengajaran Bahasa Melayu Guru Prasekolah

Kursus tersebut telah diadakan di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 14 hingga 17 April 2009. Seramai 9 orang wakil dari Hulu Selangor telah menyertainya, iaitu, Pn. Jamilah Zainun, Pn. Noorazliza Alias, Pn Hjh Nik Raihan Hj Nik Mat, Cik Siti Aishah Mat Yusup, Pn. Noorhasmila Che Hussain, Pn. Rohiah Hasan, Pn. Azlina Osman, Cik Siti Aisah Jamil dan Cik Maizirah Ibrahim.

Sepanjang kursus, peserta-peserta berpeluang untuk mempelajari kaedah KALAM dan MULAN. Mereka juga dapat berkongsi idea dalam menghasilkan bahan bantu mengajar serta menerima pendedahan mengenai KIA2M. Semasa sesi sumbangsaran, para peserta dapat menyalurkan idea, cadangan, pendapat dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali kursus ini telah merapatkan silaturrahim antara guru-guru prasekolah yang datangnya dari seluruh negeri Selangor.

Berikut adalah antara aksi yang sempat dirakamkan sepanjang kursus tersebut.

Mesyuarat Sukan Prasekolah Peringkat Daerah

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 April 2009 bertempat di bilik mesyuarat PPD Hulu Selangor. Mesyuarat membincangkan mengenai sukan prasekolah peringkat daerah yang akan diadakan pada 6 Mei 2009 bertempat di Stadium Proton City, Tanjung Malim.

Selesai mesyuarat, En. Mohd Zaki menyampaikan hadiah kepada guru-guru prasekolah yang menyambut harijadi pada bulan Januari hingga April.

Sunday, March 1, 2009

Kursus Pengurusan Fail




Pada 21 Februari 2009, semua guru prasekolah Hulu Selangor telah menghadiri kursus tersebut bertempat di SK Kerling. Kursus telah disampaikan oleh En. Abdul Rahiman Yusof yang juga GPK HEM SK Kerling. Selain memberi pendedahan tentang pengurusan fail, kursus ini juga bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan fail bagi prasekolah daerah Hulu Selangor.

Thursday, February 19, 2009

Lawatan Kerja Ke Tanjung Sepat

Pada 18 Februari 2009, guru-guru prasekolah Daerah Hulu Selangor telah mengikuti lawatan kerja ke SK Tanjung Sepat, Daerah Kuala Langat. Mereka telah diberi taklimat mengenai program MULAN oleh guru prasekolah Pn. Rozita Amron.


Thursday, January 22, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah

Musim persekolahan 2009 telah pun bermula pada 5 Januari yang lalu. Di Daerah Hulu Selangor terdapat 53 kelas prasekolah.

Aktiviti pertama Unit Prasekolah PPD Hulu Selangor ialah Mesyuarat Perancangan 2009 Jurulatih Utama Prasekolah Hulu Selangor pada 15 Januari 2009. Daerah Hulu Selangor mempunyai 7 orang Jurulatih Utama iaitu Pn. Foziah Ano, Pn. Rosilawati Esha, En. Ahmad Sobri b. Che Pak, Pn. Azizah Yahya, Pn. Wan Aziera Sharyati, Pn. Siti Hawa Samsuddin dan Pn. Husna Husain. Dalam mesyuarat tersebut, En. Mohd Zaki Yusoff, pegawai prasekolah daerah Hulu Selangor bersama JU Prasekolah telah membincangkan perancangan bagi tahun 2009.

Seterusnya pada 21 Januari 2009 pula, telah diadakan mesyuarat pengurusan bersama semua guru-guru prasekolah daerah Hulu Selangor.

Kursus Guru -Guru Prasekolah Hulu Selangor 2009